Setiap kaum mengamalkan budaya dan cara hidup masing-masing.Sebagai contohnya,umat Islam akan bersembahyang lima kali sehari dan orang Cina akan membakar ‘kertas kuning’ untuk menghalau roh semasa ‘bulan hantu mengikut kepercayaan.Sesetengah budaya ini tidak dapat diterima oleh kaum yang lain.Sebagai contoh,pembakaran ‘kertas kuning’ menyebabkan sesetengah masyarakat yang berpenyakit respirasi seperti asma mengalami kesukaran dan pembakaran tersebut juga mengotorkan halaman rumah jiran-jiran yang terdekat.Selain itu,setiap kaum juga menggunakan bahasa sendiri untuk bergaul antara sama lain.Perbezaan bahasa ini akan menimbulkan prasangka antara kaum.Penganut Islam dilarang makan daging babi dan penganut Hindu dilarang makan daging lembu.Amalan pemakanan ini akan menyebabkan masalah jika terdapat jiran yang tersalah beri makanan tersebut.Perselisihan faham ini akan kemudiannya mencetuskan pergaduhan.
- POLITIK
Perkauman antara etnik ini boleh dilihat secara tidak langsung melalui politik mengikut etnik contohnya, UMNO, MCA dan MIC, akhbar dan rancangan televisyen berlainan bahasa mengikut etnik masing-masing. Politik mengikut kaum ini lebih menjurus untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak untuk kaum masing-masing. Walaupun terdapat juga politik bukan berasaskan perkauman, tetapi jika dilihat kepada masyarakat berbilang kaum, mereka lebih cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing serta mempertahankan nilai, budaya dan idea yang berbeza di antara kelompok masyarakat.
Punca yang menyebabkan berlakunya isu perkauman dalam politik antara sebab utama adalah ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dan pengagihan kuasa. Jika kita lihat keadaan di Malaysia, ekonomi kebanyakan dipegang oleh orang cina manakala politik banyak didominasikan oleh orang melayu. Hal ini disebabkan pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, masyarakat dipisahkan dari sudut ekonomi dan penempatan mengikut kaum-kaum masing. Sebagai contoh, orang cina bekerja sebagai peniaga dan tinggal di Bandar, manakala orang melayu tinggal di kawasan perkampungan dan melakukan aktiviti pertanian dan orang India pula ditempatkan di kawasan ladang bagi menguruskan kelapa sawit dan getah. Selepas kemerdekaan, disebabkan orang cina mempunyai modal yang banyak serta berpengalaman dalam perniagaan, mereka terus memonopolikan ekonomi di Malaysia sehingga sekarang. Pengasingan ini wujud di antara etnik disebabkan kesan negatif dasar-dasar yang terbentuk semenjak zaman penjajahan.
- SISTEM PENDIDIKAN YANG TERASING.
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman.
- PROPAGANDA PERKAUMAN DI MEDIA SOSIAL
Pembangunan media sosial sejak kebelakangan ini telah memberi kesan kurang sihat terhadap perpaduan negara. keselamatan negara telah terbuka dengan pelbagai ancaman, meningkatkan ketelusan (transparency) tentang pemerintah dan ia turut membuka ruang kepada rakyat Malaysia bagi membincangkan isu-isu politik sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang. walaupun media sosial turut menjadi saluran alternatif maklumat dalam mempromosikan nilai demokratik, ramai pengguna kurang berhati-hati apabila melemparkan tuduhan.
Hasil kajian yang dilakukan baru-baru ini mendapati pengguna media sosial bimbang, berhati-hati dan tidak yakin apabila berhadapan dengan isu-isu etnik dan perkauman yang berlegar dalam media sosial dan mereka juga belum bersedia untuk menghalang atau mencegah penyebaran isu-isu etnik dan perkauman dalam media social. masyarakat dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan dalam menangani isu etnik dan perkauman yang semakin berleluasa di media sosial. Masyarakat juga perlu meningkatkan kesedaran kebertanggungjawaban dan bertindak berdasarkan undang-undang. Jika merasakan sesuatu info yang tersebar di media sosial adalah tidak betul dan menjatuhkan maruah seseorang, buatlah aduan kepada pihak berkuasa atau melakukan demo secara aman supaya wujud suasana positif dan memberi manfaat kepada masyarakat
- KURANGNYA INTERAKSI ANTARA KAUM
Secara umumnya,sesuatu kaum lebih cenderung untuk berkawan dan bergaul dengan orang daripada kaum sendiri.Ini boleh memudahkan pergaulan mereka kerana menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh kedua-dua pihak.Hal ini demikian,sesetengah masyarakat tidak tahu bercakap dalam Bahasa Melayu dan mereka akan mengalami kesukaran untuk berinteraksi.Keadaan ini akan menimbulkan pergaulan seperti itik dengan ayam yang tidak dapat difahami oleh kedua-dua pihak.Sesuatu kaum juga sukar untuk menerima perbuatan kaum lain berdasarkan kepercayaan.Mereka yang tidak bersikap toleransi akan menentang perbuatan mereka dan menimbulkan perselisihan.
No comments:
Post a Comment